Khamis, 10 September 2015

Ucapan Guru Besar Setelah Selesai UPSR

Asalamualaikum dan selamat sejahtera, 

Alhamdulillah rasa syukur kepada Allah, kerana semua murid-muris kita telah selesai menyempurnakan UPSR pada kali ini dengan penuh hikmah, tawakal dan usaha gigih. 

Mudah-mudahan Allah jua melihat usaha kita, niat kita dan doa-doa kita untuk memastikan kejayaan cemerlang anak-anak didik kita. Rasa besar budi para guru-guru berhempas pulas tanpa rasa penat lelah dan ikhlas menghadapi cabaran dlm mendidik anak-anak didik. 

Dengan rasa rendah diri saya mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen yang diberikan demi menjamin kejayaan anak-anak didik kita Ini. Teruskan berdoa agar anak-anak didik UPSR Ini cemerlang dan belajarlah dengan pengalaman dan pengetahuan seharian kita untuk memperkasakan lagi pdp kita. 

Mudah-mudahan usaha yang kita impikan menjadi kenyataan dan sentiasa diberi keberkatan Illahi. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada semua AKP...guru2 KAFA serta pekerja-pekerja swasta di atas sumbangan tenaga dlm menjsyakn program-program sekolah. 

Kita merancang namun ketentuanNya jua diperolehi...tiada yang boleh mengubah kita kecuali diri kita sendiri. Amin...

Permata Timur

Author & Editor

Sebarang kesilapan dalam mana-mana artikel kami, sila maklumkan kepada kami. Terima kasih.

0 ulasan:

Catat Ulasan