Sabtu, 23 Mei 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah 2015

Tema :

Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Simunjan : Sambutan Hari Guru 2015 peringkat daerah Simunjan telah dirasmikan oleh Datuk Haji Julaihi Haji Narawai, Menteri Muda Pembangunan  Perindustrian Luar Bandar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Sebuyau. Para guru berkumpul di Dewan Mesra seawal pukul 7 bagi memeriahkan sambutan ini.

Pelbagai buth telah dibuka termasuk gerai-gerai jualan PIBG.

Amat menggembirakan para guru dan ibu bapa apabila Datuk Hj Julaihi menghulur sumbangan RM20000 ke dalam akaun PIBG sekolah-sekolah di daerah ini.

Pelbagai persembahan telah dibuat antaranya ialah koir oleh guru-guru dari SMK Sri Sadong, Bicara Berirama daripada murid-murid SK Abang Kadir dan Tarian Rampai oleh murid-murid SK Hj Bujang Sebangan. Turut disampaikan Anugerah Guru Cemerlang dan Tokoh Guru 2015.


Ditulis oleh : Cikgu Saberi

Permata Timur II

Author & Editor

Sebarang kesilapan dalam mana-mana artikel kami, sila maklumkan kepada kami. Terima kasih.

0 ulasan:

Catat Ulasan